Resipi Laksa Penang Paling Senang.

Siapa yang rajin follow blog Kak D memang tahu yang Kak D suka try resipi yang muda dah ringkas. Maklumlah orang tak pandai masak tapi cuba nak masak. hihihihihi

Resipi laksa penang paling senang; resip[i laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang

Ok, hari ni Kak D nak share Asam Laksa Penang hanya menggunakan 3 bahan utama sahaja. Mula-mula Kak D jumpa resipi ni di Facebook Resepi Sedap, macam tak percaya dan was-was. Laksa biasanya guna banyak bahan ni 3 ja bahan yang simple dan senang dapat di pasaraya. 

Jumaat minggu lepas Kak D try resipi ni ternyata memang betul, untuk ngamkan tekak anak jati Penang ni Kak D olah sikit tu resipi. Jangan risau pasti jadi ni resipi. 

Bahan-bahan 
1. Pes Tomyam yang botol kecil (1 botol) 
2. Cili kering kisar (agak-agak) 
3. Ikan tuna dalam tin (1-2 tin) 
*4. Tin ikan sardin (1  tin kalau mau kuah pekat tambah lagi satu tin)
*5. 2 inci belacan 
6. Bunga kantan  (1)
7. Daun kesum (sederhana)
8. 1/2 biji dari sebelah nanas masak dikisar 

Langkah-langkah : 
1. Kisar cili kering atau beli siap.
2. Kisar ikan sardin dan belacan dengan sedikit air dan ketepikan (Jangan blend lama sangat)
3. Kisar nanas dan ketepikan 
4. Tumis pes tomyam bersama cili kisar, masukkan kisar ikan sardin dan belacan.
5. Masukkan ikan tuna tanpa kisar supaya kita dapat makan dan rasa seketul-ketul ikan. Tumis dan biar seketika.
6. Masukkan air secukup bersama jus nanas yang telah dikisar. 
7. Apabila dah mendidih masukkan bunga kantan dan daun kesum. 
8. Perasakan 


Resipi laksa penang paling senang; resip[i laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang
Langkah No. 4 & 5 
Resipi laksa penang paling senang; resipi laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang
Langkah No. 6
Resipi laksa penang paling senang; resipi laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang
Langkah No. 7
Masak awal sebelum makan supaya rasa masuk dan kaw. 

Ulamnya ikut selera sendiri. Kak D guna :
- Telur rebus 
- Timun 
- Bunga kantan 
- Cili padi 
- Limau 
- Daun pudina 


Resipi laksa penang paling senang; resipi laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang
Tara... dah siap! ini si suami punya sebab suka banyak kuah
Resipi laksa penang paling senang; resipi laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang
Ini Kak D punya suka banyak isi ikan
Resipi laksa penang paling senang; resipi laksa penang mudah; 3 bahan ja masak laksa; laksa penang
Ini jiran punya.
Selamat mencuba!

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top