Rezeki Allah itu luas, Allah tau bila waktu sesuai untuk kita....
Jarang saya follow news terkini tentang artis-artis, tetapi tadi pagi saya ternampak video Janna Nick share sambil nangis tentang soal anak. Nampak tangisan dia tu bukan berlakon tetapi betul-betul dari hati.... Sampai saya sendiri pun mengalir air mata, because I know how hurt it is.
So, saya ambil keputusan nak share my thought dalam blog ni, peratus untuk Janna Nick terbaca sharing saya ni sangat tipis, saya tau. Tapi saya harap apa yang saya tulis ni dapat memberi kekuatan untuk wanita-wanita yang tengah TTC diluar sana.
Saya berkahwin pada tahun 2012 March, means tahun depan March dah genap 13 tahun perkahwinan kami. Selama 12 tahun rahim ini masih kosong... selama 12 tahun juga macam-macam kami cuba tetapi orang luar tak nampak....
"Alicia, jangan ko makan banyak produk Shaklee tu sebab belum berisi"
"Alicia, ko sekarang tidak mau ada anak. Nanti bila ko ada anak seperti nenek jaga cucu."
"Aik... masih berdua? bila nak bertiga?"
"Cukup-cukup sudah honeymoon... masa buat anak sudah ni"
"Suami ko tidak pandai bah"
Ada yang kecam kami, ada yang tiba-tiba jadi pakar fertility suruh makan ini dan itu. Bagi saya, saya terima semua nasihat yang baik dan saya juga cuba amalkan. Tetapi saya tidak dapat terima sesetengah pemilikiran orang seolah-olah kami tidak mau ada anak dan seolah-olah kalau nak ada anak, hari ni buat esok dah pregnant.
Dalam12 tahun ni, saya nak berterima kasih dengan Mr. D yang banyak sangat bersabar dengan saya. Kadang-kadang saya break down apabila dapat kecaman orang. Mr. D dengan cool nya menenangkan hati ini walaupun dia juga terkesan. Macam Dini, he listen dan tenangkan Janna pada waktu yang sama dalam hati dia juga struggle. Bukan semua orang ada rezeki dapat suami yang baik macam ini... So, this is our rezeki.
Sebenarnya saya tidak pernah share secara terbuka macam mana kami berikhtiar, apa telah kami buat dan sebagainya untuk tidak mengundang tekanan tambahan. So, we just keep to silent.
Rezeki Allah tu luas, walaupun kita tidak mempunyai rezeki anak lagi tetapi rezeki dapat mentua yang baik, dapat suami yang baik, dan banyak lagi rezeki lain. Percaya lah Allah tau bila waktu yang sesuai untuk kita yang penting kita terus usaha dan berikhtiar.
Jangan stress, just enjoy waktu yang ada bersama mereka yang kita sayang. Jangan peduli apa orang kata.
Pada awal 1-5 tahun perkhawinan memang susah untuk saya jaga emosi dan susah untuk saya jangan peduli apa orang kata. Tetapi apabila masuk tahun ke-6 dan seterusnya saya train minda saya... Kenapa nak fikir apa orang kata...
Dia ada anak dia bahagia kah?
Dia ramai anak dia hebat kah?
Saya pernah cakap dengan diri saya, sampai bila saya nak sedih sebab kata-kata orang. Sampai bila saya nak hidup dalam dunia orang.
Slowly, saya keluar dari vibes negatif. Saya jauhi mereka yang boleh effect emosi saya. To be honest, perkahwinan saya 7 tahun ke atas baru saya dapat menikmati KEBAHAGIAAN yang sebenar tanpa memikirkan apa orang fiikir.
Biarpun rezeki kita dapat anak tu lambat, kena percaya Allah telah atur cantik semua untuk kita. 1-2 tahun perkawinan tanpa anak tu jangan stress, just enjoy honeymoon berdua. Allah sayang kita semua, itu sebab Allah bagi kita peluang honeymoon puas-puas.
Ramai sebenarnya jealous dengan apa yang kita miliki itu lah sebab kenapa mereka suka sakitkan hati kita. Percaya lah our time will come.
Teruskan jaga kesihatan, banyak berdoa dan sedekah.
Saya doakan agar semua perjuangan garis dua dipermudahkan segala urusan dan makbulkan setiap doa kalian.
Aminn...
We are strong women!
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!
0 comments:
Post a Comment