Resipi: Homemade sosej ayam

Selalu terbaca artikle tentang sosej berhaya, tetapi ramai yang tidak dapat gelak untuk membeli sosej dari pasaraya walaupun kita tahu sosej tu berbahaya, sebab rasa sosej yang lazak sehingga ada kanak-kanak ketagih dengan sosej.

Sudah lama saya ingin membuat sosej sendiri tetapi tidak mempunyai resipi, dan saya selalu fikir membuat sosej sendiri proses sangat leceh, lebih senang beli ja kat pasaraya. Minggu lepas, saya ternampak di Facebook ramai yang share tentang homemade frozen food untuk bulan Ramadhan ni. Supaya senang, lepas balik kerja tinggal masak ja. Apabila saya nampak resipi homemade sosej ayam, terus saya copy dan printkan. Semalam baru berkesempatan untuk cuba, jadi ramai yang tanya resipi... Benda sihat dan bagus, pasti kena kongsikan? Sharing is caring... 

Dalam resipi asal, sosej tersebut dibalut dengan daun kunyit, nasib saya terjumpa daun kunyit dekat pasar jadi saya pun beli sedikit untuk percubaan. 4 sosej saya balut dengan daun kunyit dan 4 lagi saya balut dengan aluminum foil. Rasa lebih wangi adalah yang balut dengan daun kunyit, jadi kalau tiada daun kunyt boleh digantikan dengan aluminum foil tetapi rasa tidak sewangi daun kunyit.

Saya ubah sedikit dari resipi asal iaitu selepas siap balut, sosej tersebut direbus tetpi saya guna cara steam supaya rasa manis ayam itu masih kekal dalam sosej.


Bahan-bahan
  • 500gm ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang
  • 3 sudu besar tepung ubi 
cara hidup sihat; homemade sosej ayam; sosej berbahaya
 
Cara-cara
  1. Kisar halus isi ayam dengan bawang besar serta garam, gula, lada hitam dan tepung ubi 
  2. Ambil sedikit bentukan memanjang atas daun kunyit 
  3. Lepas balut masukkan dalam steam tray 
  4. Setam dalam 20min ataupun sehingga masak 
  5. Siap tu boleh la keluarkan dari daun kunyit dan sejukkan 
  6. lepastu boleh la masuk dalam freezer dan frozenkan 

cara hidup sihat; homemade sosej ayam; sosej berbahaya

Bila nak boleh la grill ka goreng ka, rasa lebih segar berbanding yang beli...  Sangat senang untuk buat sosej sendiri, dan tidak leceh...

Selamat mencuba! 
 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top