Garis usia (Fine Line) harus dijaga dari awal




MEMILIKI wajah cantik, mulus tanpa sebarang tanda kedutan impian setiap wanita. Silap jika ada yang beranggapan masalah itu milik mereka di usia lanjut, sebaliknya tanpa penjagaan pada peringkat awal, mereka berusia 20-an juga boleh dipalit kedutan.
Tanda penuaan, kulit tidak sihat boleh mencacatkan penampilan biarpun secantik mana struktur wajah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu serta gaya hidup yang sibuk, wanita mudah digugat masalah kulit seperti berjerawat, jeragat dan pigmentasi atau kulit suram.


Selain penjagaan luaran, hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan, begitu jugalah dengan kulit. Apabila anda tiada masalah, sentiasa tersenyum dan kurang tekanan menyebabkan kulit kurang mengendur, tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.

Namun itu aspek emosi. Bagaimana pula sudut fizikal yang menjadi ‘cermin’ dan paparan kepada mereka yang berkomunikasi dengan kita? Apakah pula masalah kulit serta penjagaan bersesuaian bagi yang berusia 30-an, 40-an dan 50-an?

Pakar kecantikan Dr Rushmini Maris Ismail, berkata penjagaan kulit wajah tidak seharusnya dimulakan sebaik saja ditimpa masalah kulit sebaliknya perlu dicegah dari awal.
Kulit sebagai organ terbesar tubuh manusia, seharusnya diberi perlindungan kesan pencemaran yang boleh mengganggu kesihatan kulit. Jika tiada rawatan diberikan terhadap kulit, seseorang itu akan tampil berusia sebelum waktunya.

“Penuaan berlaku apabila hormon dan enzim telomerase dalam sel kita berkurangan. Tanpa mengambil kira usia sebenar seseorang, sesiapa saja boleh menjadi tua apabila hormon dan enzim telomerase merosot. Justeru, anda mampu kekalkan keremajaan kulit jika penjagaan diamalkan sejak awal lagi.


Bagaimanapun, jelasnya penjagaan itu bergantung sepenuhnya kepada jenis kulit individu sama ada berminyak, kering atau normal. Antara rawatan disarankan adalah merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen bagi mengembalikan keanjalan dan kesihatan kulit tampil segar remaja.
“Tidak kira lelaki atau perempuan, setiap individu bakal mengalami proses penuaan. Namun begitu, perubahan normal lazimnya jelas kelihatan ketika mencecah 35 tahun ke atas dan disarankan menjalani pemeriksaan supaya paras hormon pada tahap baik.


Wanita lingkungan usia 30-an mengalami masalah kulit kering dengan tekstur kulit tebal dan pigmentasi akan berlaku hingga menampakkan tona kulit tidak sekata. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan masalah kedutan dan kekeringan di kawasan mata.


“Berbeza pula mereka yang berusia 40-an, kekeringan kulit akan berlaku lebih jelas dan garisan penuaan lazimnya berlaku di sekitar bibir dan mata. Kawasan mata juga akan tampak bengkak berikutan perubahan hormon atau berlakunya proses menopaus. Kekurangan kolagen juga menjadikan kulit lebih sensitif dan kering.


“Seiringan itu, kulit juga mula menunjukkan tanda bintik kemerahan, kekasaran dan kehilangan seri akibat kekeringan melampau. Oleh itu, mereka perlu mencari penyelesaian bagi mengembalikan kelembapan pada kulit.


“Perkara sama juga berlaku pada wanita 50-an, cuma keadaannya lebih ketara memandangkan mereka sudah melepasi garisan berlakunya menopaus. Kulit menjadi lebih nipis dan hilang kekuatan kerana kekurangan keanjalan akibat penurunan penghasilan estrogen. Kulit juga mula jatuh bahkan warna kulit berubah tidak sekata akibat pendedahan sinaran matahari.


“Dalam soal penjagaan kulit wajah, wanita berusia dalam lingkungan 30 an digalakkan menggunakan krim diperkaya kandungan vitamin C dan E memandangkan ia bagus untuk melindungi kulit bebas merbahaya.


“Penampilan kulit juga akan kelihatan. Tebal dan kering memandangkan kulit kotor yang tertinggal tidak hilang seperti sedia kala bahkan memerlukan bantuan bagi menggalakkan pengeluaran sel mati.


"Apabila kulit mula memasuki ke usia matang, pelbagai perubahan berlaku maka ia memerlukan penjagaan teliti untuk memastikan wajah anda bebas dari masalah yang tidak diingini. Seiring dengan penambahan usia, kulit juga seharusnya diberikan nutrisi diperlukan agar kekal muda.


“Jadi, bila seseorang sudah melangkah ke peringkat 30-an, kulit mula kering. Bagi mengatasi masalah itu, bahan yang kaya dengan anti-oksida dapat membekalkan kelembapan diperlukan kulit,” jelasnya.


Menerang lebih lanjut mengenai keperluan ‘makanan’ untuk kulit, katanya wanita yang mula mencecah 40 tahun pula memerlukan penjagaan yang berbeza dan ia merangkumi proses penegangan berikutan ketika ini kulit akan mula kekurangan keanjalan akibat penyusutan penghasilan kolagen.


“Jika sudah melepasi usia emas, penjagaan yang lebih berteknologi tinggi adalah penyelesaiannya memandangkan ketika ini kulit lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah dan tanda penuaan ketara,” katanya.

INFO: Kenali kulit anda dan penjagaannya



  • Kulit kering
    KURANG sebum, lalu muka tidak berkilat. Mereka berkulit kering mempunyai raut wajah kusam dan mempunyai liang roma kecil atau langsung tidak kelihatan. Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi rasa kurang selesa.

    Perlu prihatin dengan garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutama di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

    Tahap kelembapan dan sebum rendah. Satu-satunya cara menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Gunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan tinggi.
  •  
     

  • Kulit berminyak
    KULIT ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan wajah nampak seperti tidak dijaga dengan rapi. Liang roma besar. Sebab itulah mereka berkulit minyak mudah mendapat jerawat.

    Bahagian hidung paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

  •  


  • Kulit kombinasi
    IA menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Kulit ini kelihatan normal tetapi ada bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak. Kering di bahagian pipi dan dan berminyak di zon T.

    Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma besar di zon T dan cepat terdedah kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.

  • Jika anda mengalami simptom-simptom penuaan seperti diatas, jangan risau dan sedih. Cuba enfuselle eye treament yang hebat ni...

    Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
    Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
    Terbukti secara klinikal:
    • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
    • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
    • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
    • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
    • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
    • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
    • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
    • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
    Testimoni group


    Testimoni sendiri.


    Jangan nak fikir lagi.. Jom order sekarang! 

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5f22e82f3d2c279d57c76a0513276abb






    Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

    ------------------------------------------------------
    Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
    Bagaimana ingin menjadi ahli?

    Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
    Sila hubungi saya segera :

    Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
    Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
    Shaklee ID [ No : 1030636 ]
    Contact No : 014-8715350
    Email : alicia_ai87@hotmail.com
    FB :
    Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

    CONVERSATION

    0 comments:

    Post a Comment

    Back
    to top