Putus Asa? Give up?

Di dalam diri kita mesti ada  sifat tidak mudah berputus asa.

Mengapa sifat ini amat penting dan wajar kita contohi lebih-lebih lagi kepada kita yang berkeinginan untuk menjana pendapatan melalui internet? 

Untuk berjaya dalam perniagaan mana-mana pun bukan hanya memerlukan usaha sehari dua saja. Ianya memerlukan anda berusaha setiap hari tanpa mengenal erti jemu dan putus asa.

Pernahkah anda dengar orang yang berjaya dalam perniagaan hanya memerlukan masa 24 jam atau beberapa hari sahaja? Atau hanya melakukan beberapa tugas sahaja kemudian hanya menantikan kejayaan itu tiba di dalam perniagaan mereka?

Sebenarnya untuk berjaya dalam perniagaan boleh diibaratkan seperti proses menanam padi. Bermula dengan proses membajak tanah, kemudian menyusun saliran air, menyemai benih, membaja dan menuai hasilnya. Kalau nak dikirakan berapa lama agak-agaknya masa yang perlukan untuk mendapatkan hasilnya?

Sudah tentu ianya mengambil masa berbulan-bulan. Cuba anda bayangkan jika pengusaha tanaman padi itu berputus asa di tengah-tengah jalan. Sudah tentulah hasil yang diharapkan tidak akan diperolehi. Jadi untuk berjaya perlukan sedikit kesabaran, sentiasa berusaha, dan TIDAK PUTUS ASA.

Akan tetapi jika perniagaan yang anda jalankan masih tidak membuahkan hasil, anda tidak boleh duduk diam sahaja. Tambahkan lagi usaha anda untuk mengenalpasti punca kenapa perniagaan tersebut masih juga gagal. Mungkin terdapat kekurangan di sana dan anda perlu perbaikinya dengan segera.

Percayalah setiap perkara yang anda lalui di dalam perniagaan anda itu adalah pengalaman yang akan mengajar anda lebih matang dan berjaya di masa akan datang.

Dear anak-anak shaklee ku, 
Jangan sesekali putus asa dan perbaiki apa yang kurang.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top