Apa yang anda tahu tentang Intermittent Fasting (IF)

Intermittent Fasting ataupun dikenali sebagai IF adalah diet yang berkonsep mengatur pola makan anda mengikut jadual yang tertentu. 


Intermittent fasting; set IF shaklee; IF; Shaklee; Shaklee Labuan; Apa itu Intermittent Fasting


Diet Intermittent Fasting (IF)  memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Waktu kita tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ramai tertarik dan anggap konsep diet IF ini mudah diamalkan. 

Manfaat Intermittent Fasting 

IF yang diamalkan dengan tepat akan memberikan beberapa manfaat untuk kesihatan tubuh badan seperti : 

1. Mengurangkan Berat Badan 
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Diabetes
3. Menjaga Kesihatan Jantung 
4. Menurunkan Kadar Kolestrol Jahat 
5. Meningkatkan kesihatan otak
6. Mempunyai kualiti tidur yang lebih baik

Bagaimana Intermittent Fasting Diamalkan? 

Intermittent Fasting (IF) akan membahagikan rutin seseorang kepada dua waktu iaitu waktu berbuka dan waktu berpuasa. IF tidak mempunyai menu yang khusus namun amat digalakkan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, anda juga perlu bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang lain untuk kekal sihat dan cergas. 

Bagi tempoh waktu BERPUASA : 
  • Waktu tidur juga boleh dikirakan sebagai tempoh berpuasa
  • anda hanya boleh minum minuman yang ZERO kalori seperti air masak, teh hijau, teh kosong dan kopi kosong yang tidak mengandungi susu atau gula. 
  • Jika anda yang beginner tidak perlu menghadkan jumlah kalori harian. 
  • Waktu tempoh berpuasa anda digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa. 
Intermittent fasting; set IF shaklee; IF; Shaklee; Shaklee Labuan; Apa itu Intermittent Fasting



Bagi Tempoh Waktu BERBUKA / MAKAN 
  • Pilih makanan dan minuman yang sihat dan seimbang seperti salad, buah dan masakan yang grill dan stim. 
  • Elak untuk ambil makanan yang tinggi kandungan gula, garam, lemak, berminyak dan proses. 
Kesalahan Ketika Intermittent Fasting

Antara kesalahan Intermittent Fasting yang sering dilakukan adalah : 
  • Tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal 
  • Bergantung sepenuhnta pada amalan diet 
  • Tidak puasa dengan betul seperti waktu berpuasa minum minuman manis
  • Tidak jaga kalori 

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti yang dibawah anda perlu segera berhenti mengamalkan IF. 

  1. Pitam 
  2. Pening kepala
  3. Lemah badan / lesu 
  4. Tubuh menggeletar / Menggigil 
  5. Penglihatan kabur 
  6. Muntah 

Jom sama-sama kita cuba Intermittent Fasting ini. 
Anda perlu ingat, pemakanan dengan nutrisi yang cukup dan bersenam adalah kunci kepada hidup sihat dan berat badan ideal. 

Jadi, itulah beberapa maklumat penting yang boleh saya kongsikan tentang diet Intermittent Fasting ini.

Kepada yang mempunyai masalah kesihatan disarankan juga sentiasa mendapatkan nasihat daripada pakar nutrisi sebelum memulakan program diet ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan semoga pembaca sihat selalu.... See you again next article!


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top