Resipi Senang: 20min Garlic Bread + Mushroom Soup

Garlic bread dan mushroom soup combinasi yang sangat sedap. Kalau makan di Pizza Hut, Garlic bread satu set (6pcs) bernilai RM4.50 dan satu mangkuk mushroom soup juga RM4.50. Seorang dah RM9.00. Hari ini Kak D nak kongsi resipi mudah untuk garlic bread dan mushroom soup. 


Resipi ini sangat mudah dan murah! boleh makan sekeluarga. Jimat dan sihat! 

resipi mudah; resipi garlic bread dan mushroom soup; resipi sup cendawan; resipi 20min; resipi roti bawang putih; homemade

Bahan-bahan untuk sup cendawan: 

- Cendawa butang dipotong nipis, kuantiti ikut selera masing-masing (Kak D guna cendawan dalam tin ja) 
- 3 - 4 Sudu besar tepung gandum 
- 1/2 biji stok ayam
- 600ml susu penuh berkrim
- Sedikit garam 
- Sedikit lada hitam 
- Sedikit parsley untuk hiasan  
- Air 

Langkah - langkah : 
1. Masukkan susu penuh berkrim dalam non-stick pan sehingga mendidih 
2. Setelah mendidih masukkan cendawan, stok ayam, garam dan lada hitam. 
3. Sementara menunggu sup tu mendidih, campurkan air dan tepung gandum dan kacau sebati. 

4. Apabila sup mendidih, cuba rasa apa yang kurang dan tambah. Lepas itu masukkan air tepung dan kacau sebati. 
5. Mendidih sehingga sup jadi agak pekat. 

* Guna api sederhana kecil 
6. Sedia untuk dihidang, hiaskan parsley atas sup. 

Dah siap sup cendawan sekarang kita buat garlic bread pula... Kalau mau cepat kena multitasking, sementara tunggu sup mendidih anda boleh la prepare garlic bread. 

resipi mudah; resipi garlic bread dan mushroom soup; resipi sup cendawan; resipi 20min; resipi roti bawang putih; homemade

Kak D guna roti Gardenia, sebab tempat Kak D ni susah nak cari french bread yang fresh. 

Bahan - bahan untuk Garlic Bread : 

- Mentega (cairkan) 
- Parsley 
- Serbuk garlic bread 

resipi mudah; resipi garlic bread dan mushroom soup; resipi sup cendawan; resipi 20min; resipi roti bawang putih; homemade


Langkah - langkah 
1. Campurkan parsley dan serbuk garlic bread dalam mentega dan kacau rata. 
2. Potong roti ikut size yang anda hendak. 
3. Sapukan campuran atas roti dan susun atas tray. 

4. Panaskan oven dahulu, lepas siap sapu semua roti masukkan dalam oven. 
5. Suhu ikut oven masing-masing, bakar sehingga golden brown. 

6. SIAP!

Kalau anda peminat cheese boleh tambah cheese atas roti, Kak D ada buat beberapa keping untuk  perisa cheese. Kak D lebih suka yang ada cheese... 

resipi mudah; resipi garlic bread dan mushroom soup; resipi sup cendawan; resipi 20min; resipi roti bawang putih; homemade

Selamat mencuba! 

Kak D ni suka share resipi yang mudah-mudah... sebab Kak D bukan pandai sangat masak dengan resipi yang merumitkan. hihihihi 

Happy cooking uolls.... 

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top