Resipi: Crepe Nutella Pisang yang Sedap dan Senang

Hari ni nak kongsikan resepi crepe yang saya suka sangat sangat!!!! pertama kali makan kat Korea. Crepe mereka memang gebu, soft dan sedap... Bila balik kat Malaysia, saya asyik mencari resipi yang ala-ala di Korea hari tu... last-last selepas berbulan cari baru terjumpa kawan share kat FB. Rasa crepe tu tak la 100% macam yang saya pernah makan di Korea tapi at least ada 80% sama kira syukur la... Hehehehe... 


Sebenarnya inti crepe boleh ikut cita rasa masing-masing, yang saya suka adalah Nutella + Banana + Cornflakes. Inti ini la saya makan di Korea hari tu. Jom ikut resipi ini step by step pasti jadi.... 


Bahan-Bahan Crepe (6 keping) 
- 40g tepung gandum 
- 20g tepung ubi
- 10g tepung kastad 
- 10g tepung jagung 
- 1 biji telur 
- 1 sudu kecil gula (saya guna nano sugar)
- 1 sudu kecil minyak masak 
- 40ml susu cair 
- 150ml air 

Cara-cara :-
1. Campur semua bahan-bahan dan blend sebati lepas tu tapis, jadi lah macam gambar dibawah. 

resipi crepe mudah dan sedap; crepe nutella pisang; cornflakes; resipi crepe senang

2. Panaskan non-stick pan, cairkan sedikit butter. Ambil sesenduk aduan dan tuang ke dalam non-stick pan dan kemudian lenggangkan ketepi sehingga sama rata. Tangan kena cepat. 
3. Biarlan sebentar sehingga bahagian tepi macam kering, kemudian pelahan-lahan tebalikan seketika. 

resipi crepe mudah dan sedap; crepe nutella pisang; cornflakes; resipi crepe senang

4. Crepe yang sudah siap dimasak, tidak mengapa disatukan kerana ia tidak akan melekat. 

resipi crepe mudah dan sedap; crepe nutella pisang; cornflakes; resipi crepe senang

5. Crepe dah siap sekarang sediakan bahan-bahan buat inti crepe. 

resipi crepe mudah dan sedap; crepe nutella pisang; cornflakes; resipi crepe senang

Bahan inti: 
- Cornflakes 
- Nutella
- Pisang 

resipi crepe mudah dan sedap; crepe nutella pisang; cornflakes; resipi crepe senang

Telalu tamak, inti terlalu banyak jadi crepe tak seberapa kemas... yang penting Mr. D puji iolls

resipi crepe mudah dan sedap; crepe nutella pisang; cornflakes; resipi crepe senang

Ini la hasil yang tak seberapa kemas, tetapi rasa memang sedap.... Tak percaya cuba la... 
Good Luck! 

Kalau anda ada resipi crepe yang lagi best boleh share di comment ya... saya akan cuba... 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang, Penang, Kudat
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top