Kafein BAHAYA pada tubuh!

Menurut kajian tahun 2013 yang dijalankan oleh Klinik Mayo di Amerika Syarikat, pengambilan kopi lebih empat cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan. Kajian itu juga turut menitikberatkan faktor lebih serius seperti risiko boleh membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang mengambil 28 cawan kopi seminggu. Lebih bahaya jika ia menjejaskan prestasi pada waktu pagi di mana keadaan itu memerlukan kita menjadi lebih proaktif. Seperti yang disebutkan dalam artikel laman web Huffington Post, pengambilan minuman berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.

Shaklee Labuan: Kesan kafein pada tubub; Bahaya Kafein; Shaklee Sabah; Shaklee Penang

Kadar kafein yang disyorkan
Jumlah pengambilan kafein yang wajar untuk orang dewasa adalah sekitar 400 miligram untuk setiap harinya. Pada takaran tersebut, kafein sebenarnya masih selamat bagi tubuh. Pengambilan kafein dengan kuantiti yang berlebihan akan membuat anda mengalami beberapa kesan sampingan pada kesihatan tubuh anda iaitu:
1- Mencetuskan Sakit Kepala
Kajian membuktikan bahawa kafein dan sakit kepala mempunyai hubungan yang sangat berkaitan. Anda mungkin pernah mencari komposisi kafein pada ubat sakit kepala. Ya, memang kafein dalam jumlah tertentu dapat membantu menghilangkan sakit kepala. Namun, perlu diketahui juga bahawa kafein dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala.
Jika anda adalah seorang penggemar kopi, yang merupakan salah satu bahan yang mengandungi kafein, dan tiba – tiba berhenti dan tidak mengambil kopi lagi, anda juga boleh mengalami sakit kepala.
2- Menimbulkan Perasaan Was – Was dan Cemas
Kesan sampingan kafein seperti was – was atau cemas mungkin tidak dialami bagi sesetengah orang. Tetapi bagi beberapa orang lain seperti mereka yang jarang mengambil kafein berkemungkinan lebih tinggi mengalami kesan sampingan seperti ini.
3- Menyebabkan Gangguan Tidur
Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, kafein ini merupakan suatu zat yang dapat merangsang sistem saraf pusat kita. Mengambil kafein dalam jumlah banyak akan membuat seseorang suka untuk tidur atau biasa disebut dengan insomnia.
4- Menyebabkan Ketagihan Kafein
Bagi mereka yang sudah sering mengambil kafein, tidak mustahil mereka akan mengalami ketagihan terhadap kafein. Ketagihan kafein boleh ditandai dengan munculnya gejala seperti pening, mengantuk, cemas dan cepat marah. Pada beberapa orang, gejala ketagihan boleh ditandai dengan badan yang gemetar.
5- Menyebabkan Berlebihan Kafein
Pengambilan kafein secara berlebihan  juga boleh menyebabkan seseorang mengalami overdos atau keracunan kafein. Gejala dari dos berlebihan kafein seperti khayalan dan perasaan yang sangat bingung, loya dan muntah, cirit-birit, haus berlebihan, maupun sering buang air kecil. Jika tidak segera ditangani, dos berlebihan kafein boleh menyebabkan kematian.
6- Mengakibatkan Masalah Pencernaan
Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Keadaan demikian boleh membuat kita merasa memulas atau sakit perut dan mungkin cirit-birit.
7- Menyebabkan Haus Berlebihan
Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Selain itu jika anda mengambil kafein sebelum bersenam, dikhuatiri tubuh akan kekurangan banyak cecair badan dan dehidrasi.
8- Meningkatkan Tekanan Darah
Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Bahkan dalam jangka waktu lebih kurang satu jam, kafein mencapai tahap tertingginya di dalam aliran darah kita. Dalam jangka masa tersebut atau bahkan lebih cepat, kafein boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Inilah sebab mengapa kopi adalah salah satu jenis makanan penyebab darah tinggi naik dengan cepat.
9- Menyebabkan Osteoporosis
Kafein yang diambil secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kekurangan kalsium boleh membawa pada keadaan tulang reput atau osteoporosis.
10- Degupan Jantung Bayi Lebih Cepat
Bagi ibu – ibu yang sedang hamil, pengambilan kafein mungkin perlu dikurangkan. Kafein yang masuk ke dalam tubuh, masuk ke dalam aliran darah dan masuk ke plasenta. Dalam keadaan seperti ini, janin juga turut mengambil kafein tersebut melalui plasenta. Kafein yang masuk ke dalam tubuh janin tersebut boleh mengakibatkan degupan jantung janin menjadi tidak teratur dan lebih cepat ritmanya.
11- Meningkatkan Risiko Keguguran
Kafein dalam jumlah yang sangat banyak boleh memberi pengaruh sangat buruk pada wanita yang sedang hamil. Kafein boleh menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin. Dan hal tersebut boleh menyebabkan gangguan kehamilan dan mengarah pada keadaan keguguran.
12- Menyebabkan Sukar Hamil
Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisme dan pengeluaran hormon estrogen pada wanita. Hal tersebut boleh membuatkan wanita yang terlalu kerap mengambil kafein sukar hamil.
13- Meningkatkan Risiko Gout
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, kafein sangat berkait rapat dengan terjadinya risiko penyakit gout. Hal ini dibuktikan oleh hasil kajian yang menunjukan bahawa orang – orang yang sering mengambil minuman yang mengandungi kafein cenderung lebih mudah terkena penyakit gout.
14- Menyebabkan Sering Buang Air Kecil
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan. Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.
15- Menyebabkan Gejala vasomotor
Kafein yang diambil oleh wanita boleh menimbulkan gejala vasomotor atau vasomotor symptom. Gejala ini boleh menyerang wanita yang mengalami menopause. Dan gejala tersebut mungkin memburukkan keadaan menopause wanita.
Penting! Kesan Kafein Yang Mematikan
Selain beberapa kesan sampingan dari kafein yang sudah dijelaskan di atas, ada beberapa kesan sampingan lain yang penting untuk diketahui:
16-Penyakit jantung
17-Meningkatkan kolesterol jahat atau LDL di dalam tubuh
18-Menyebabkan penyakit sendi
19-Meningkatkan risiko stroke
20-Merosakkan pembuluh darah
Setelah mengetahui pelbagai kesan sampingan yang boleh ditimbulkan oleh kafein, ada baiknya mulai saat ini kita mengurangkan kafein. Mengurangkan minum minuman seperti cola, teh, minuman ringan, minuman bergas dan kopi boleh membantu kita mengurangkan risiko terkena pelbagai kesan sampingan kafein. Bagi orang – orang yang menderita penyakit jantung atau ulu hati, sebaiknya dirujuk terlebih dahulu sama ada kafein selamat atau tidak bagi anda.
Link berkaitan:
Bahana Kafein 

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang, Penang, Kudat
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top