Resepi: Sushi senang dan sedap

Welcome September 2015... 

Hari ni saya nak kongsikan resepi sushi yang senang dan sedap.... cara mudah, harga murah dan dapat makan sepuas-puas hati... kalau makan kat luar 6 biji kecil dan RM2- RM3.


Bahan-bahan untuk beras
- Beras sumo / beras sushi 
- Cuka jepun 
- Gula
- Garam  

Bahan- bahan untuk balut
- Kepingan seaweed 

Bahan-bahan untuk inti 
- Crab stick 
- Telur 
- Timun 
- Mayonnaise

Resepi sushi; sushi halal; sushi simple dan senang
Beras sushi (Sumo)

Langkah - langkah : 
1. Masak beras sumo seperti biasa tetapi air kena lebih sedikit. 
2. Sediakan campuran cuka, gula dan sedkit garam dalam mangkuk kecil.
3. Apabila nasi dah masak gaulkan campuran tadi dengan nasi sekali dan biarkan sejuk sedikit.
4. Sediakan inti siap-siap seperti teluar goreng dan hiris, rebus crab stik dan potong timun. 
5. Nasi yang dah gaul dengan campuran cuka, letakkan atas kepingan seaweed tadi tu macam dalam gambar di bawah... hujung kena ada sedikit ruang supaya senang gulung. 

Resepi sushi; sushi halal; sushi simple dan senang

6. Lepas nasi dah rata atas kepingan seaweed sekarang boleh la letak inti kesukaan anda dan letak sedikit mayonnaise supaya rasa creamy creamy gitew... 
7. Lepas susun inti boleh gulung pelahan-pelahan macam dalam gambar di bawah.

Resepi sushi; sushi halal; sushi simple dan senang

8. Lepas gulung boleh la potong dan cicah dengan kicap dan wassabi. 

Resepi sushi; sushi halal; sushi simple dan senang

Ini la hasil dia, senang saja dan murah yang penting bersih, halal dan sihat.... 

Selamat mencuba! anak-anak anda pasti suka. 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top