Selalu terbaca tentang bahayanya makan makanan proses seperti nugget, sosej dan burger. Makanan proses seperti ini biasanya tinggi kandungan lemak, bahan perisa tiruan, MSG, bahan pengawet dan garam. Macam-macam khabar angin yang saya pernah dengar tentang makanan proses seperti ramuan yang kita tidak ketahui ia bersih, halal dan berkhasiat.
Hari tu ada terbaca kawan share tentang resipi Cheezy chicken nugget jadi, terus print resipi untuk weekend project saya.... Happy sangat sebab jadi dan sanggat sedap.
Bahan-bahan:
- Isi ayam
- Telur
- Garam
- Lada putih
- Origano
- Cheese (Toast Melt)
- Serbuk roti (Golden)
- Tepung ubi
Saya tak buat ikut sukatan, campur saja ikut citarasa sendiri... Hihihi... dan bahan-bahan tersebut boleh ganti apa saja bahan yang kamu rasa nak, yang penting ngam dengan selera sendiri.
Cara-cara:
1) Kisar isi ayam, saya guna Thermomix untuk kisar, boleh juga cincang atau beli yang siap kisar di kedai.
2) Lepas tu masukkan tepung ubi, serbuk roti, telur, lada sulah, garam dan origano. Saya ikut resipi yang ada origano, kalau tidak suka tidak perlu masuk pun no hal...
3. Potong cheese dalam bentuk kuib
4. Ambil sedikit doh ayam, lapirkan di tapak tangan dan tengah-tengah letak cheese dan bulatkan. Sapu sedikit mentega di tangan suapaya tidak melekat.
5. Buat sehingga semua doh ayam habis, lepas tu masukkan bebola tadi dalam telur dan kemudian masuk dalam tepung ubi dan masuk kembali ke telur dan akhir sekali masukkan dalam serbuk roti. Ulang sehingga semua doh ayam disalut serbuk roti.
Saya buat dalam 3 bekas tupperware macam ni... Stok untuk seminggu dua. I'm a happy wife... Freezer rumah langsung tak ada makanan prosess dah...
Lepas siap buat, goreng beberapa biji untuk iftar, nampak tak cheese?? memang sedap.... Yummy... Selamat mencuba! yang ada anak-anak tu pasti anak -anak akan lebih suka...
Suri rumah nak menjana pendapatan? hubungi saya untuk konsultasi lanjut 014-8715350
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
0 comments:
Post a Comment