Air detox kegemaran kami....

Hari ini saya nak kongsikan Infused water atau air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum.

Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" atau air detox ialah:

  • meningkatkan tahap metabolisma
  • menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam
Air detox; infused water; Shaklee Labuan

Cara penyediaan sangat mudah dan senang.... Potong semua buah kesukaan dalam bentuk dadu dan masukkan dalam botol kaca yang kedap udara lepas tu  masukkan air masak yang telah ditapis dan masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. 


Biasanya saya akan buat pada malam, hari keesokkan saya akan keluarkan dari peti sejuk selama beberapa jam sebelum diminum supaya air tidak la sejuk sangat... Lepas minum boleh tambah air lagi dan buah-buahan tersebut boleh dimakan juga. 

Saya guna penapis air Shaklee jadi tak la saya was-was nak minum... nak tahu lebih tentang penapis air bleh PM saya.. hihihi

Saya akan buang semua kulit buah-buahan tersebut sebab bahan-bahan kimia pada kulit buah-buhan tidak dapat kita nampak dengan mata kasar, jadi penyelesaian yang bagus adalah buang kulit... 

Botol infused water ini anda boleh dapat di Kaison dengan harga RM14.90 (550ml) atau boleh juga order online. 

Resipi air detox yang mudah:
- Buah-buah yang dalam resipi saya adalah buah yang senang didapati. 

1. Nanas + Oren 
Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.

2. Timun + Lemon + tembikai 
Tembikai bukan sahaja sumber multi-vitamin yang baik, ia juga salah satu sumber terbaik lycopene yang boleh mengawal anti-penuaan, timun adalah untuk detoksifikasi, merendahkan suhu badan dan lemon yang kaya dengan vitamin C untuk kulit. 

3. Epal + Anggur + Timun 
Epal membantu mengekalkan kesihatan tulang dan tisu, timun pula untuk detoksifikasi dan penghidaratan dan buah anggur tinggi dengan antioksidan yang membantu melawan kanser. 


Nota: Pastikan anda guna bekas kaca untuk air Detox 

SELAMAT MENCUBA! 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top