Resipi : Lepat pisang sedap dan sihat

Teramat sangat excited nak share resipi ni setelah lepat pisang saya menjadi... Memang gembira tahap dewa la.. Sebenarnya, dah lama saya suka makan kuih ni, tetapi saya tak tahu pula apa nama kuih ni dan dalam permikiran saya kuih sedap macam ni mesti susah buat, dah la mindset negatif pasti tiada initiatif mau cari resipi kan? Betul tak? 


So, lain kali jangan dulu ada mindset negatif, cuba dulu. 

Tadi, petang banyak pekara serabut di otak... Tiba-tiba tiada angin tiada ribut, saya semak saman guna SMS, dan dapati saya mempunyai satu saman berjumlah RM600.. huhuhuhu pada 5/3/2012... Hairan dan pelik sekali, sebab nikah saya pada 2/3/2012 dan sanding pula pada 2/3/2012 dan 10/3/2012 resepsi saya di Labuan. Mana lah saya ada lebihan masa berada di Melaka? Jadi, saya nak tenangkan fikiran lalu tanya kawan, apa kuih yang guna pisang dan steam tu... nasib si kawan ni cepat tangkap dan memberi nama. Apa lagi nak tunggu, saya pun tanya pak google la.... Banyak resipi yang saya dapat, tetapi saya cari yang paling mudah, dan bahan-bahan yang saya tahu. Maklumlah skill masak saya masih lagi dalam level beginner.  Hihihihi...

Dalam perjalanan balik rumah, saya pun dengan excited memberitahu Mr. D yang saya nak buat kuih special ni malam. Terus dia tanya kuih apa? Alamak.. lupa lagi tu nama... so saya pun korek dalam beg tu resipi... dan bagitau Lepat pisang.. Terus dengan bahasa sabahan dia tu dia cakap "oh.. pais pisang, my favorite long time i never eat" HUH?! dalam otak saya, kenapa saya tidak tau kuih favorite saya ni juga kuih favorite Mr. D... Apa lagi... tambah excited la. Dalam pemikiran saya risau betul kuih ni tidak jadi, sebab banyak dah jenis kuih saya cuba tapi kebanyakkan tak jadi.. huhu.. tapi I tak pernah putus asa ok... cuba sampai jadi... hihihihi

Sampai rumah mula la projek lepat pisang saya...  Dalam resipi perlu tepung beras. APA? rumah tiada tepung beras. So duduk la depan laptop lagi mencari resipi yang tidak perlu tepung beras, selepas study beberapa resipi jadilah resipi saya ni... 

Bahan-Bahan
- Pisang
- Daun pisang
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3/4 sudu teh baking powder
- 1/2 cawan susu full cream tambah sesudu serbuk santan 
- 2 sudu besar gula
- sedikit garam

Cara-cara:

1. Lembutkan daun pisang guna api gas
2. Buang kulit pisang dang potong pisang kecil-kecil untuk memudahkan proses melenyekkan pisang. Masukkan semua pisang yang telah dipotong kedalam bekas dan lenyekkannya sehingga lumat. 
Lepat pisang sedap dan sihat; dapur alicia

3. Lepas pisang sudah lumat, masukkan susu dan serbuk santan dan kacau sehingga sebati. 

4. Kemudian masukkan gula, garam dan baking powder dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan gaul sehingga sebati.
6. Setelah siap dan sebati, sudukan adunan tersebut letakkan di atas daun pisang dan bungkus dengan kemas. Ulangi kaedah ini sehingga habis adunan dalam bekas.

7. Setelah semua lepat pisang dibungkus. Letak dan aturkan lepat pisang ke dalam periuk dan kukuskan.

8. Kukus selama 20-30 min atau sehingga masak... 
9. Hidang panas panas... Yummy!

Lepat pisang sedap dan sihat; dapur alicia

* Kurangkan santan dan gula untuk gaya hidup sihat 


Mr. D yang happy dengan kuih favorite dia
Cuba tau! sesiapa yang suka pisang pasti suka ni..

* Sorry ayat lintang pukang, terlalu excited nak share ni resipi... hihihi.. rasa macam dah achieve sesuatu. Buat kuih ni sama juga dalam bisnes shaklee perlukan kesabaran dan tidak mudah putus asa.

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top