Selalu nampak orang jual di online, teringin sangat nak buat sendiri tapi belum terjumpa resipi yang menarik... pagi tadi bangun dan scroll FB nampak pula resipi ni, cek-cek semua bahan ada di dapur. Jadi, start la projek saya.... Tidak perlu oven, tidak perlu beli lagi cuba buat sendiri. Memang sangat MUDAH!
Bahan-bahan :
- 1/3 tin susu pekat manis *Supaya tak manis sangat
- 1 peket biskut marie
- 1 kotak kecil full cream Dutch Lady
- 4 sudu makan tepung kastard
- 1 cawan air
- Secubit garam
- Serbuk milo
- 1 kotak kecil full cream Dutch Lady
- 4 sudu makan tepung kastard
- 1 cawan air
- Secubit garam
- Serbuk milo
- Meal Shake
- Dutch lady chocolate milk
Cara-cara:
1. Campurkan susu dutch lady, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk. Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat, tutup api dan tapiskan sebab kadang-kadang ada ketul-ketulan dari tepung kastard.
2. Rendamkan sebentar biskut marie dalam Dutch Lady Chocolate milk sekejap, jangan sampai kembang.
3. Susun biskut rapat dalam loyang atau kontena. Saya guna kontena supaya senang nak makan.
4. Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk milo dan meal shake.
5.Ulang langkah 3 & 4 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
6. Sejukkan dalamn peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk dihidang.
Saya yang tidak mempunyai bakat untuk baking pun boleh jadi yang ni... happy sangat-sangat. Mr. D cakap sangat sedap... tidak manis sangat dan ada rasa vanilla. Pasti kanak-kanak pun akan suka...
Selamat mencuba ya ^^
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
0 comments:
Post a Comment