Shaklee Labuan: Kisah yang mengecewakan....

Hari ni saya nak kongsikan sebuah kisah yang mengecewakan!.... Kenapa ia harus berlaku? Kerana terlalu ramai yang sibuk mengejarkan harta dan wang sehingga lupa sudah nilai-nilai murni...




Minggu lepas waktu saya buat booth Shaklee di Ujana Kewangan Labuan, seorang gadis melayu berusia lingkungan 18 - 20 tahun datang ke booth saya dan pegang botol Vita lea lalu bertanya "Kak, yang ni untuk apa?". 

Mula la saya terangkan kebaikan vita lea selama beberapa minit. Si gadis pun tanya "cara makan macam mana kak?" lalu saya pun cakap "akak akan memberi konsultasi cara makan selepas setiap pembelian" "Oh ya ke? saya dah beli satu kat dalam tadi, mereka tak ajar cara makan" Macam mau pengsan saya dengar... lalu saya bertanya "Jadi macam mana adik tahu mau beli Vita lea?". "Sebab ada kawan di kolej cakap tentang produk shaklee bagus, tadi kat gerai sana saya tanya produk apa yang bagus untuk saya, penjual tu suruh saya baca risalah ni" APA!!!???? baca risalah dan pilih produk sendiri? Hahahaha... hebat! hebat! selama saya menjadi pengedar saya tidak pernah pun suruh customer saya baca sendiri. Risalah adalah panduan untuk customer untuk kenali lebih banyak produk shaklee. Kita sebagai pengdar sah kena konsult mereka apa yang badan mereka perlu. 

Rasa kesian dan simpati terhadap si gadis maka saya pun memberi konsultasi cara makan dan apa vitamin yang dia perlukan secara percuma , selepas perbualan baru saya tahu gadis tersebut adalah pelajar kolej Matrikulasi yang berasal dari Perlis. Dah la si penjual tidak bagitau cara makan yang sesuai, harga jauh lebih tinggi dari harga retail price. Sampai hati si penjual "tipu" anak muda yang mau jaga kesihatan, yang jauh dari keluarga, makan tidak teratur..... 

Sebenarnya anda sebagai pengguna mempunyai HAK sendiri, pilih la pengedar yang berilmu dan terlatih memberi anda konsultasi.... Salah cara makan akan memyebabkan kesan negatif pada anda. Jadi, jangan salahkan produk Shaklee tidak berkesan, salahkan anda tidak tahu buat pilihan.

Anda boleh cari pengedar yang berilmu di kawasan berdekatan anda... Klik pada link tersebut... dapatkan produk shaklee dengan mereka. 


Sama-sama lah kita menjadi pengedar berilmu, banyakkan hadir latihan, kongsi pendapat dengan upline, buat nota dan banyakkan membaca. 

Harap kita boleh belajar sesuatu dari kisah diatas... TQ sudi membaca.... Saya hanya sekadar berkongsi.... 

Hubungi saya untuk konsultasi lanjut..... 
 ------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top