Air - Berapa kuantiti air untuk badan?

Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga. 


brapa kuantiti air saya perlu? air


Ramai orang suka tunggu saat haus baru minum air. Tahukah anda HAUS memang merupakan tanda-tanda tubuh kekurangan cecair sehingga dapat menjadi amaran untuk minum. Namun sebenarnya, minum perlu dilakukan sebelum tubuh merasa haus.

 "Jangan pernah malas minum air dan jangan tunggu haus dulu baru minum," kata Dr Samuel Oentoro, M.S.,SpGK., ahli gizi klinik FKUI-RSCM, dalam acara Anugerah Abikarya Syandana 'Air adalah kebaikan alam dan manfaatnya bagi tubuh' di Rumah Imam Bondjol, Menteng, Jakarta, Rabu (8/12/2010).

Haus terjadi di mana tubuh mulai kehilangan 1-3% berat badannya kerana kadar air dalam tubuh telah menurun. 

Sebab-sebab utama kenapa anda perlu minum air:
 
1. BOOSTS METABOLISMA
Kepada yg sedang diet mesti suka reason ni. Minum air yg cukup  (17oz) setiap hari dapat meningkatkan kadar metabolism badan sebanyak 30 %. Sekaligus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak. Plus, dengan minum 1-2 gelas air sebelum makan dapat memberikan rasa kenyang & secara tidak langsu mengelakkan anda dari mengambil makanan yg banyak. 

2. MELINDUNGI JANTUNG
Dengan hanya meminum air masak yg cukup setiap hari, kita dapat melindungi jantung & mengurangkan risiko serangan jantung, juga dapat mengurangkan risiko dari mendapat penyakit cancer.
 
3. MENGELAK SAKIT KEPALA / MIGRAINE
Minum 6 cawan air extra dari kebiasaan yg anda minum dapat mengurangkan jangka waktu kesakitan sakit kepala & migraine. Rasa sakit kepala & migraine tersebut juga dapat dikurangkan tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan. 
 
4. BOOSTS BRAINPOWER
Otak memerlukan oksigen yg cukup untuk berfungsi pada tahap maksima. Minum air yg secukupnya dapat membekalkan oksigen yg cukup ke otak. Minum sebanyak 10 cawan air sehari dapat meningkatkan prestasi otak sebanyak 30%. 
 
5. MENGELAK RASA PENAT & LESU
Dehydration adalah salah satu punca keletihan & mengantuk di siang hari. Jika terasa penat & lesu atau mengantuk, cuba minum 1-2 gelas air. Pasti anda akan merasa segar.
 
 
Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan : 

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 
4. Tekanan darah menurun. 
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 
6. Lesu pada waktu siang. 
7. Sakit belakang. 
8. Dehidrasi. 
9. Sakit kepala. 
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 
14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru. 
17. Degupan jantung semakin meningkat. 
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
 
Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.
Formulanya ialah: 

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lbs) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lbs
 - klik pada convert button supaya senang kerja anda, tidak perlu mengira. 

http://www.convertunits.com/from/kg/to/lbs
 
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L
 
http://www.convertunits.com/from/oz/to/litres
 
Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!
 
KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top