MENDAPATKAN tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.
Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk
pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal
cergas dan fokus sepanjang hari.
Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak
selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan
waktu tidur.
1. Kekalkan jadual waktu tidur.
Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta
hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran
jadual tidur tersebut.
2. Perhatikan makan dan minum anda.
Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa
tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan
nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang
juga akan mengganggu tidur anda.
3. Cipta ritual waktu tidur.
Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi
air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai
peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan
elektronik dalam ritual waktu tidur.
4. Berada dalam keadaan selesa.
Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu
tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal
yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan
anda.
5. Had tidur waktu petang.
Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang
sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama
10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.
6. Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda.
Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur
yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika
menghampiri waktu tidur.
7. Pengurusan tekanan.
Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah
untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan
di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup
dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting.
8. Temui doktor.
Hampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi
jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia
mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Dapatkan bantuan
doktor.
Hubungi kami utk buat tempahan produk Shaklee serta dapatkan harga istimewa
✎ msg/whatsapp: 014-8715350
✍ pm fb: Alicia Dania Lee
email: aliciadanialee@gmail. com
IG : Alicia_Shaklee
✍ pm fb: Alicia Dania Lee
email: aliciadanialee@gmail. com
IG : Alicia_Shaklee
* Free postage seluruh Malaysia.
Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
0 comments:
Post a Comment