Kenapa Semua Wanita Mesti Buat Ujian Pap Smear

Hari ini Kak D nak cerita tentang pap smear, ujian ini dipandang remeh oleh ramai kaum wanita. Masih ingat bila terakhir kamu buat ujian pap smear?

Pap smear; takut pap smear; tip sebelum buat pap smear; bila waktu sesuai buat pap smear; penting ka buat pap smear


Saya mula buat ujian pap smear setahun selepas kahwin, itupun ibu saya yang paksa dan bagi kesedaran tentang pentinya pap smear untuk kaum wanita.

Pada mula saya buat pap smear, memang malu dan sangat takut. Tangan kaki semua sejuk dan badan bergetar-getar. Tahap ketakutan saya ni di tahap gaban. Nurse tanya pernah beranak? saya kata tidak terus nurse kata beranak lagi sakit... huhuhu.... 

Waktu menunggu giliran, saya hanya mampu berdoa di hati agar keputusannya ok. Apabila sampai giliran saya, saya dipanggil masuk ke treatment room. Diarahkan untuk buka seluar dan seluar dalam, mereka akan sediakan kain sarung untuk kita pakai. Kemudian, di suruh baring. Sementara itu nurse tengah sediakan peralatan dan ada satu seperti muncung itik (Speculum) yang digunkan untuk procedure pap smear kecut terus perut saya. 

Doktor biasanya akan tanya beberapa soalan lazim sperti berapa lama kahwin, kali keberapa buat pap smear, sudah ada anak ke belum. Sebelum doktor masukkan speculum ke dalam vagina kita, doktor akan suruh kita tarik nafas dan relax. Tidak sampai 3 min doctor dah siap ambil sample cercair dalam vagina korang dan boleh dihantar ke makmal untuk buat ujian. 

Selepas buat pap smear pertama kali baru saya tahu sebenarya tak sesakit yang dibayangkan. Keputusan ambil 3 -5 hari waktu bekerja. Jom kawan-kawan... Jangan takut! 

Menurut Dr. Sandhya Pruthi, menerusi web MayoClinic, wanita yang telah menjalani prosedure histerektomi (membuang rahim dan serviks) secara total adalah mereka yang tidak melakukan ujian pap smear. 

Pap smear; takut pap smear; tip sebelum buat pap smear; bila waktu sesuai buat pap smear; penting ka buat pap smear


Kenapa mesti buat ujian pap smear?
- Dapat mengenalpasti ketumbuhan atau sebarang ketidaknormalan pada serviks atau rahim di peringkat awal. 
- Mengesah perubahan pada sel serviks di peringkat awal sebelum ia merebak menjadi sel kanser. 

Tip dan panduan sebelum membuat ujian pap smear : 
  1. Jangan melakukan hubungan sex dalam tempoh 24 jam.
  2. Jangan memasukkan apa-apa jenis ubat atau alat ke dalam vagina dalam tempoh 24 jam. 
  3. Digalakkan untuk melakukan ujian pap smear selepas 7 -  10 hari selepas period. 

Jangan takut untuk membuat ujian pap smear kerana:
  1. Prosedur yang amat cepat, kurang dari 5 min semua dah siap.
  2. Ia tidak menyakitkan seperti yang kita bayangkan, ia cuba rasa kurang selesa.
  3. Hampir semua klink boleh mengendalikannya dan pilih klinik yang berdoktor wanita supaya kita selesa. 
  4. Harganya berpatutan di klinik swasta dalam lingkugan RM35 - RM70. 
  5. Hanya dilalukan setahun sekali secara berkala.
  6. Relaxkan diri jangan kakukan badan. 
Pap smear; takut pap smear; tip sebelum buat pap smear; bila waktu sesuai buat pap smear; penting ka buat pap smear
Speculum

Tips paling penting, pastikan klinik menggunakan speculum disposable bukan yang recycle. Masih terdapat beberapa klinik yang menggunakan speculum recycle dimana akan ada risiko mendapatkan infection pada vagina kita. 

Harap perkongsian saya hari ini dapat memafaat untuk semua kaum wanita. 

Jadi, Jangan takut, jangan malu. gagahkan diri dan buang perasaan itu jauh-jauh - untuk 5 - 10 minit sahaja! 


-------------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang

Shaklee ID [ No : 1030636 ]

Contact No : 014-8715350

Email : aliciadanialee@gmail.com

FB : Alicia Dania Lee

Instagram : alicia_shaklee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top