Shaklee Labuan: Titik Peluh Perjalanan Kak D Sehingga Ke Menara Gading

Panjang coretan entry kali ni tau.... Entry ni Kak D nak memberi semangat kepada mereka yang nak sambung belajar secara part time tak kisah la Diploma ke, Degree ke, Master ke, PHD ke. 

My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan


Ramai mempunyai impian nak sambung belajar part time tetapi takut tak dapat komit, takut itu dan ini... ada beberapa orang kawan Kak D yang dah habis belajar tahun pertama terus stop sebab dah kahwin, pindah tempat kerja, lahirkan anak dan sebagainya... Apabila Kak D tengok seorang demi seorang kawan Kak D yang stop, semangat terus down.... Serious, memang ada terfikir nak stop... 

Ok, Cerita bermula disini..... 

Pada awal tahun 2011, Kak D mulakan hasrat nak sambung belajar dengan menukar bidang dari engineering ke safety. Selepas buat kajian lebih tentang peluang pekerjaan untuk safety, pada pertengahan tahun 2011 kak D pun daftar di Open University Malaysia cawangan Kota Kinabalu sebagai pelajar separuh masa yang mengambil Jurusan "Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan".

Setahun 3 semester, satu semester mempunyai 4 bulan. Semester pertama Kak D lulus dengan cemerlang, memang semangat nak belajar tu berkobar-kobar. Waktu tu kak D masih bujang, pagi pergi kerja seperti biasa, malam pula study. Weekend kalau ada kelas pergi kelas dan lepas tu dating la... Kerja rumah semua tak perlu buat, sebab Kak D stay dengan mak cik Kak D yang ada pembantu rumah. Makan, pakai semua kena settle. 

Sebelum kahwin memang tiada cabaran untuk belajar.... 

Masuk Pertengahan Semester Ke-3. Masalah bermula.... cabaran makin bertambah....

Pada March 2012 Kak D berkahwin... Pada mulanya Kak D fikir Kak D boleh handle semua macam sebelum kahwin.... Sebenarnya Kak D salah!!! Kak D langsung tak dapat fokus... Lepas kerja, sampai rumah nak masak, dan cuci baju dan bagai. Hujung minggu nak kemas rumah dan macam-macam... Memang tak dapat nak fokus. Kak D gagal satu subjek. Sedihnya... Lepas berbincang dengan Mr. D nak tangguh 1 semester, biar semua dah boleh manage baru sambung balik. Mr . D pun setuju. Jadi, Kak D pun tangguh tanpa beritahu ahli keluarga yang lain. Ni la rahsia kami berdua... hihihihi 


My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan

4 bulan berlalu rasa macam tak cukup tangguh lagi satu semester. Semuanya 2 semester saya tangguh. Kursus 5 tahun sepatutnya habis pada September 2015. Selepas 8 bulan saya dah stop study, rasa macam malas nak bermula balik. Saya imbas kembali pada mula kenapa saya nak sambung belajar. SEBAB NAK TUKAR JURUSAN. Selepas family dah tau saya tangguh 2 semester semua call dan marah... Jadi, saya terpaksa daftar balik dan sambung belajar.

Tukar tempat kerja....

 
Pada March tahun 2013 saya dapat tawaran kerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang lebih lumayan, waktu itu masa saya lagi terhad. Satu Semester saya hanya mampu ambil satu subjek sahaja... Walaupun satu subjek satu semester tetapi memang tak cukup waktu nak siapkan tugasan. Mr. D la jadi mangsa keadaan, banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan saya sebelum tamat tempoh. 


Shaklee dalam hidupku..... 

Pada September 2013, Kak D mulai berjinak dengan business Shaklee. Selepas beberapa bulan berShaklee Kak D naik sebagai supervisor, waktu itu lagi mencabar sebab kerja part time Kak D ni banyak melibatkan penghantaran order. Pagi kerja, selepas kerja cari masa buat penghantaran, sampai rumah kena masak, malam kena ulang kaji. Masa sangat pack dan terhad... 

Kalau kata tak penat tu memang tipu, nasib supplement Shaklee cukup untuk buat kak D kekal cergas dan sihat. Tidak lama bonus Shaklee dah lebih dari kerja hakiki, kak D pun ambil keputusan nak berhenti kerja. Selepas berbincang dengan Mr. D, Kak D pun resign.... Family apa lagi, sekali lagi call dan marah.... Kak D ni degil juga, jadi Kak  D tak kisah.. Yang penting Kak D nak resign, dah penat makan gaji. 

Impian bertukar..... 


Lepas resign kak D ingat kak D akan mempunyai lebih masa, sekali lagi kak D salah... Waktu dan masa kak D lagi terhad, di mana Kak D masak sehari 3 kali di rumah, lepas tu Kak D pergi jumpa downline, customer dan buat online dan offline sharing dan sebagainya yang berkaitan dengan Shaklee. Malam nak buat ulang kaji pun phone tak habis-habis berbunyi. Waktu itu kak D sekali lagi terasa nak berhenti study, tak nak sambung lagi sebab impian Kak D waktu itu adalah nak jadi full time house-wife bukannya safety officer! 

Bisnes makin berkembang.... 

Kak D tidak lagi berfikir nak kerja makan gaji... Buat apa nak sambung belajar lagi kan? jurusan apa pun Kak D nekad tak nak sambung bekerja lagi.... lepas berbincang dengan family sekali lagi semua tidak sokong.... Kak D tahu, family kak D ni memang pentingkan pelajaran dan kerja makan gaji dengan pangkat yang glamor seperti Engineer la, Manager la, Architect la dan sebagainya... 

Kak D tak nak kecewakkan family Kak D dan lagipun sejak Kak D bershaklee yuran belajar pun bonus Shaklee yang bayarkan. So, ok la... bukan nak bayar balik PTPTN or whatsoever loan kan. Jadi, kaK D teruskan belajar ambil 2-3 subjek satu semester. Mind set kak D waktu tu biar la lambat asalkan habis. 



My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan
Tulang belakang saya - My Mr. D

Cabaran baru... 

August 2014, adik Kak D yang baru tingkatan 2 berpindah untuk tinggal dengan Kak D sebab keputusan sekolah makin merosot. Apa tidak, anak bongsu yang kena manja kan. Jadi, Kak D dan Mr. D kena ambil turn hantar dan ambil dari sekolah, kena hantar ke tuition. Tambah lagi beban, waktu tu kak D betul-betul kuatkan semangat. Kak D nak memberi contoh terbaik untuk adik. Oh ya... lupa... pada Jun 2014 juga Mr. D daftar Jurusan Master of Project management di OUM. Tiada sudah teman nak bantu untuk siapkan tugasan pada saat saat terakhir.  

Kadang-kadang terasa tak pandai habis ja study ni... tambah-tambah kawan-kawan atau family asyik tanya :

"Bila bah ko habis belajar ni?"
"lama juga degree ko?"
"Sampai bila ba ko mau belajar ni?"
Memang sakit telinga, dalam hati memang nak jawab adakah saya guna duit ko untuk belajar? tapi tak nak la jadi kurang ajar macam tu kan. hihihihihi

Belajar full time dengan part-time memang jauh beza apa lagi untuk mereka yang dah berumah tangga lagi mencabar. 

Kadang-kadang ada masalah seperti tugasan susah memang teringin nak stop juga, bila padang belakang jauh sudah perjalanan. Kalau mau stop memang rasa rugi.... jadi, teruskan saja.... impian saya hanya 1 nak habiskan belajar dan nak fully fokus bisnes Shaklee. 

Macam mimpi disiang hari.... 

Pada semester Dec 2016, kak D log in Mylve dan tidak nampak apa-apa subjek yang ditawarkan untuk Kak D di my academic untuk Semester hadapan. kak D pun pergi ke OUM Labuan untuk tanya. Mereka kata kalau dah habis tu tak ada subjek la. 

Dalam hati tak percaya dah habis.... kadang-kadang gembira, kadang-kadang rasa risau juga sebab takut tak terdaftar atas masalah sistem. 

March 2017 OUM bagi emel dan memang Kak D SAH dah tamat pengajian dan majilis konvo pada bulan may 2017 di Kota Kinabalu. Yahoo..... Gembira tak terkata....  


My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan


Nasihat Kak D....

Jika anda dah buat keputusan nak sambung belajar pastikan impian anda tu tidak pudar. Walaupun susah sekali pun kena capai impian anda! Jangan buang duit daftar belajar separuh jalan. Yang paling bagus tulis impian anda dalam buku, setiap kali rasa down buka buku impian anda dan tengok kenapa anda nak sambung belajar. 

Masalah-masalah yang menghalang sambung belajar. 

1.Masalah kewangan
- Walaupun dapat pinjaman tetapi kena bayar balik, itu akan jadi satu beban untuk mereka yg berumah tangga. 

2. Masalah pasangan 
- Kongsikan impian anda supaya pasangan hidup anda faham, dan apabila dah faham pasti pasangan anda akan memberi sokongan kepada anda untuk berjaya.


Kalau tak nak buat pinjaman belajar boleh la join Kak D buat Shaklee sambil belajar. Ingat, Shaklee ni bukan skim cepat kaya.... Jika anda seorang yang kental, positive, boleh hadapi cabaran, dan rajin you are welcome to join my team.... 

Hubungi Kak D--> 014-8715350 InsahAllah  Kak D akan guide anda sehingga berjaya. 

My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan
FINALLY!
Jom layan sedikit gambar dari camera sendiri... 


My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan


My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan


My life diary; titi peluh perjalan belajar part time; Open University malaysia; Menara Gading; OUM KK; gambar convo; Gunung kinabalu; belajar secara part time; Shaklee Labuan

Nak tahu photographer untuk gambar yang cantik tu? Klik Disini

Nak tahu Make up artist di Kota Kinabalu dan Ranau? Klik Disini 

Pengedar Sah Shaklee Berilmu 
Alicia Dania Lee 
H/P : 014-8715350
Facebook : Alicia Dania Lee 
IG: alicia_shaklee 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top