Healthy Lifestyle: Resepi Overnight Oat

Oat adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga untuk orang tua. Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol. Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

Hari ni saya nak ceritakan tentang overnight oat. Pernah dengar? Oat tu tahu kan? overnight tu maksud semalaman. Mesti anda terbayang-bayang... tak basi ka? hihihihi... jangan risau saya juga macam anda pada mulanya. Sebenarnya, saya dah lama baca tentang overnight oat ni tapi tak ada daya nak cuba sebab takut bau atau rasa basi gitew... uwekk..uwekk... uwekk... Sehinggalah, minggu lepas entah macam mana saya teringin nak cuba lalu bawa Mr. D pergi shopping bahan-bahan. 

Agak kecewa sebab mason jar yang saya nak cari tu tak dapat, maklumla pilihan terhad di Labuan. Nak cari yang ada handle tetapi tidak dapat. 

Lebih kurang macam ni yang saya cari 

Tapi dapat pula yang ni
Overnight oat ni sangat sesuai untuk mereka yang malas nak masak breakfast, anda prepare sebelum tidur. Esok bangun, mandi dan dapatkan bekalan overnight oat dan jalan. Makan di office sambil check-check facebook atau baca news... Best tu feeling.... hihihihi.. cubala kalau tak percaya. Jom kita layan gambar dari google apa itu overnight oat.... nampak memang sedap, makan lagi la sedap... 



Gambar yang di google memanglah nampak menarik ja... Resepi saya yang simple saja sebab susah nak cari berry berry menarik di Labuan. 


Ini lah bahah-bahan asaa yang saya gunakan, untuk menu kelmarin saya buat overnight oat with nutella. Hari ni adalah hari ke2 saya makan overnight oat untuk sarapan saya dan saya buat overnight oat with peanut butter. Jom, saya nak kongsikan resepi saya yang senang, murah dan sedap. 

Overnight Oat with Nutella 

Bahan-bahan 
1. Chocolate milk (Dutch lady) - 1 1/2 cup
2. ESP - 2 sudu makan 
3. Meal Shake - 1 sudu makan 
4. Rolled oat - 1 cup
5. Garam - secubit 
6.  Yogurt natural - 2 sudu tea 
7. Nutella - 1 sudu tea 
8. Nuts - ikut suka 

Cara-cara
1) Campurkan No. 1 - 7 gual rata, tutup bekas dan masukkan dalam peti sejuk, biarkan semalaman.  
2) Esok pagi keluarkan dari peti sejuk campurkan nuts ikut suka dan bawa ke offis. 

* boleh juga simpan buah-buah ikut suka anda tetapi simpan semasa nak makan, supaya anda dapat rasa buah yang segar. 


Overnight Oat with Peanut Butter 

Bahan-bahan 
1. Chocolate milk (Dutch lady) - 1 1/2 cup
2. ESP - 2 sudu makan 
3. Meal Shake - 1 sudu makan 
4. Rolled oat - 1 cup
5. Garam - secubit 
6.  Yogurt natural - 2 sudu tea 
7. Peanut butter - 1 sudu tea 
8. Nuts - ikut suka 

Cara-cara
1) Campurkan No. 1 - 7 gual rata, tutup bekas dan masukkan dalam peti sejuk, biarkan semalaman.  
2) Esok pagi keluarkan dari peti sejuk campurkan nuts ikut suka dan bawa ke offis. 

Senangkan? Ikut creativiti anda, apa yang anda suka.

Rasa kenyang sehingga ke lunch... Memang best! Tambah-tambah pula ada ESP dan Meal shake, overnight oat saya yang penuh dengan khasiat. Orang yang nak diet tu mesti cuba! 

Jom kita baca apa khasiat ESP dan Meal Shake. Kenapa saya tambah dalam overnight oat saya. 

SELAMAT MENCUBA! 

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top