Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang remeh. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.
Barangkali ramai di antara kita yang tidak menyedari
akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan
hari dengan mengalaskan perut adalah penting bagi membantu seseorang itu
cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada
suasana sepanjang hari tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi
penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari.
Apabila kita bangun daripada tidur, aras glukosa
dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan yang
berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan pagi akan membekalkan tenaga
yang mencukupi untuk memulakan hari dengan cergas.
Sarapan pagi tidak dapat digantikan dengan makan
tengah hari. Oleh itu cuba usahakan juga mencari waktu untuk bersarapan
pagi walaupun hanya dengan segelas susu. Makan lebih pada waktu tengah
hari juga tidak dapat menggantikan keistimewaan bagi yang bersarapan
pagi. Ini kerana tabiat ini juga akan menimbulkan masalah kesihatan.
Tidak mengambil makanan pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip
meal" yang menyebabkan kecenderungan makan lebih banyak selepas itu. Ini
disebabkan tahap kelaparan yang tinggi akibat tidak mengambil sebarang
makanan pada waktu sebelumnya menyumbang kepada makan lebih banyak
karbohidrat yang dapat memberikan tenaga. Situasi inilah yang
menyebabkan seseorang mengambil kalori yang berlebihan dan akhirnya
menyumbang kepada masalah obesiti.
Tidak mengambil sarapan pagi tidak akan bermakna
seseorang akan menjadi langsing. Ada segelintir berpendapat bahawa
sarapan pagi hanya akan menyebabkan gemuk. Tanggapan picisan ini
menyebabkan mereka tidak mengambil sarapan pagi. Mereka telah membuat
kesilapan yang besar kerana menganggap pengambilan makanan pada waktu
sarapan pagi akan menyebabkan peningkatan dalam pengambilan kalori.
Tetapi hakikatnya, sarapan pagi dapat mengelakkan seseorang makan
berlebihan apabila tiba waktu makan tengahari.
Mari kita lihat apakah kesan tidak mengambil sarapan pagi.
1) Kekurangan Tenaga
Ini adalah salah satu kesan yang paling negatif. Sarapan membantu memulihkan tahap glukosa darah dengan memberikan anda tenaga yang diperlukan untuk menjadi lebih produktif sepanjang hari anda. Glukosa adalah bahan api sel-sel anda perlukan untuk menghasilkan tenaga. Dengan bersarapan pagi, anda akan berasa lebih bertenaga dan dapat membantu anda menjalankan tanggungjawab anda dengan lebih cekap, anda juga akan mendapati bahawa keupayaan anda untuk menumpukan perhatian dan fokus juga akan bertambah baik.
2) Peningkatan berat badan
Jika anda tidak mengambil sarapan pagi ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan usaha mengurangkan berat badan (diet) anda gagal. Makan pada waktu pagi membantu mengurangkan selera makan anda pada kemudian hari. Ini membantu untuk mengelakkan anda dari makan secara berlebihan. Juga, tabiat menunggu sehingga petang untuk makan akan meletakkan badan anda dalam 'mood kebuluran' menyebabkan ia untuk menyimpan lebih banyak lemak.
3) Mood Muram
Jika anda berasa muram pada waktu pagi, ia mungkin kerana anda ponteng atau tidak bersarapan secara mencukupi. Sarapan boleh menstabilkan perubahan mood, dan juga mengurangkan kemurungan. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa makan bekalan badan anda dengan tenaga ia perlu berfungsi dengan betul. Anda mungkin perasaan bahawa anda lebih gembira dan bertenaga selepas bersarapan.
4) Malnutrisi
Bersarapan memberikan peluang penting bagi untuk membekalkan badan anda dengan nutrien penting. Dengan bersarapan makanan yang sihat dan padat dengan nutrien, protein, karbohidrat kompleks dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran. ia dapat membentu membekalkan nutrien dalam kadar yang secukupnya. Kajian juga menunjukkan mereka yang bersarapan pagi lebih cenderung untuk makan secara dan seimbang sepanjang hari.
Sarapan saya yang paling simple adalah Meal Shake + ESP + milo. Berkhasiat dan membekal tenaga sepanjang hari. Masa penyediaan kurang dari 5 min. Masukkan semua (Meal Shake+ESP+Milo) and Shake ~ Shake ~ Shake ~ dan minum... Yummy dan berkhasiat! Cuba la... Jom layan gambar sarapan saya yang simple dan berkhasiat.
ESP + Full Cream Milk with cereal |
Milo + Meal Shake + ESP and gaint cookies |
Meal Shake + ESP |
Yummy |
Setelah anda baca entry ni, pasti anda tau pentingnya sarapan pagi kan? Jom cuba healthy breakfast SHAKLEE!
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
0 comments:
Post a Comment