Pelbagai faktor berlakunya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakannya bermula dari rumah kerana sifat ibu bapa sendiri.
Kira-kira 20% kanak-kanak di Malaysia dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011. jumlah tersebut bersamaan dengan seorang dalam setiap lima orang kanak-kanak di Malaysia mengalami penyakit mental seperti kemurungan, ketagihan internet, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, autisme dan lain-lain.
Jumlah tersebut dilihat makin bertambah dengan drastik sejak kajian tahun-tahun sebelumnya dan ia amat membimbangkan lebih-lebih lagi kanak-kanak, yang membentuk 39% daripada populasi dunia.
Bayangkan, ia mungkin dihidapi oleh kanak-kanak yang kita kenali, atau mungkin juga ahli keluarga kita sendiri berdepan dengan masalah kesihatan mental. Mereka cuma tidak mengetahuinya, apa lagi menerima rawatan kerana selalunya orang dewasa merasakan ia tidak akan dihidapi oleh kanak-kanak terutamanya kemurungan.
Hakikatnya, ia boleh dikenalpasti daripada peringkat awal dan rawatan awal amat diperlukan supaya tidak mengganggu pembentukan minda dan emosi kanak-kanak, proses pembelanjaran dan mengelak daripada berkelakuan negatif.
Menurut pensyarah yang juga pakar Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, pelbagai faktor berlakunya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakannya bermula dari rumah kerana sifat ibu bapa.
"Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang semakin berkurangan kerana terlalu sibuk dan menyerahkan tanggungjawb menjaga anak-anak kepada pembantu rumah dan penjaga merupakan antara penyumbang besar kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak."
"Kanak-kanak di peringkat awal usia perlu menerima layanan emosi dan fizikal yang mencukupi dan sepatutnya supaya dapat membentuk keyakinan diri. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran keibubapaan. Pada zaman sekarang, ibu bapa juga perlu menjadi rakan baik anak-anak agar apa saja masalah atau tekanan dapat disalurkan dengan sebaik-baiknya.
"Saya juga tidak nafikan sifat ibu bapa zaman sekarang yang suka mengambil jalan mudah untuk menguruskan emosi anak-anak dengan memberikan gajet eletronik seperti 'tab' bagi menenangkan mereka sebagai antara punca gangguan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak."
- Prestasi pelajaran yang menurun.
- Rasa bosan yang berterusan
- Sering merungut mengenai simptom fizikal seperti sakit kepala dan sakit perut
- Gangguan corak pemakanan dan tidur seperti terlebih tidur atau tidak mencukupi, mimpi ngeri atau berjalan ketika tidur
- Tingkat laku kembali seperti ketika usia lebih muda seperti kencing ketika tidur, buat perangai atau terlampau bergantung kepada ibu bapa
- Tidak mengendahkan keselamatan
- Suka melakukan perkara yang berisiko
- Penyalahgunaan dadah atau alkohol
- Tidak dapat menguruskan masalah dan aktiviti harian
- Gemar ponteng sekolah, mencuri dan vandalisme
- Tidak gemar berkawan seperti sebelum ini
- Gemar menyendiri
- Kerisauan yang melampau
- Hiperaktif
- Mendengar suara atau melihat sesuatu yang tiada (Halusinasi)
Jika anak anda mempunyai simptom seperti di atas, ambil tindakan awal supaya semua dapat diatasi sebelum terlambat. Zaman sekarang banyak gadget yang boleh mempengaruhi anak-anak, hal ni merisaukan ibu bapa dan ramai ibu sekarang ingin menjadi suri rumah dan menjaga anak sendiri, tetapi kos sara hidup semakin tinggi menyebabkan si ibu harus teruskan bekerja makan gaji. Jika anda berminat dgn bisnes shaklee boleh hubungi saya, terbukti sudah beberapa suri rumah dibawah organisasi saya mempunyai 4 angka bonus dalam shaklee.
BACA DISINI-> Suri Ruamh Bekerjaya
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Ingin menjadi suri rumah bekerjaya?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :Alicia Danai Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
0 comments:
Post a Comment