Sarapan Sihat -> Buah dengan granola Crunch

Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!
Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei. 


Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.
Berat badan dan mood

Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

"Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak," kata beliau.

Apa menu sarapan anda? Ada sesetengah kawan saya memang tak suka bersarapan, ada yang makan di luar seperti nasi lemak, mee goreng, dan sebagainya. macam sedapkan? Saya dulu pun suka makan di luar, sebab SEDAP.... hihihihi tetapi tau kah anda semua makanan tersebut mempunyai kandungan kolestrol yang sangat tinggi. Itu sebab sekarang saya sudah kurangkan makan di luar. Memang ramai yang mengeluh tak cukup masa untuk masak sarapan, termasuk diri saya. Menu sarapan saya adalah ESP + Meal Shake + Dutch Lady milk/ milo dan buah dengan granola crunch sangat simple, sedap dan sihat. Hari ni saya nak kongsikan resipi buah dengan granola crunch dan minum sihat.

Resipi Buag dengan Granola crunch
Masa persiapan 5min 

Bahan-Bahan
- Buah kegemaran (saya guna plum dan appricot) potong dadu
- yogurt asli 
- Granola Nak resipi KILIK SINI

Cara-cara 
1. Campurkan semua buah kegemaran dalam satu bekas 
2. Masukkan buah kegemaran anda dalam gelas selapis dengan yogurt dan granola secara berselang seli
3. Boleh dihidang 

Sarapan sihat; healthy breakfast
Buah dengan Granola Crunch




Resipi minuman sihat
Masa persiapan 3-4 min 

Bahan-bahan
- ESP (2-3 sudu)
- Meal Shake (2-3sudu)
- Minuman kegemaran (milo/ susu/ vico dan sebagainya kecuali KOPI & TEH) 

Cara-cara
1. Bancurkan minumam kegemaran dengan air panas yang sedikit asalkan dapat larut sebuk tersebut.
2. Masukkan air 400ml dan campuran ESP dan Meal shake 
3. Shake and drink :) 

Shaklee
ESP + Meal Shake + Milo

Senang kan? kurang dari 10min untuk sediakan sarapan yang sangat sangat sihat dan mengenyangkan. Kenapa saya masukkan ESP & Meal shake dalam menu sarapan saya? Sebab ESP & Meal shake mempunyai sumber protien yang baik. Selain air, protein adalah bahan paling penting utk badan kita. Setiap sel dalam badan kita mengandungi protein, dari kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ-organ penting seperti otak, hati dan jantung. Penting kan protien? 

Selamat mencuba....  

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top