Lama dah Kak D tak share resipi, sejak beberapa hari yang lepas Kak D update gambar puding roti ramai yang tanya resipi. Serious resipi ni memang sedap. Kak D pernah cuba resipi entah mana menang tak sedap.
So, Kak D nak kongsi dengan korang resipi ini pada masa yang sama boleh la save dalam blog ni kalau nak buat boleh tengok balik kan. Sebab Kak D jenis pandai lupa resipi so kena bertindak bijak uolls...
Puding roti ni makan macam tu pun sedap, kalau rajin buatkan kuah lagi yummy.... Kak D tak terambil gambar step by step tapi takpa memang senang ja pun..
Masak bahan-bahan di bawah sehinga sebati:
- Susu Dutch Lady Full crema (3 Cawan)
- Telur 2 biji
- 4 Sudu besar gula
- 2 Sudu besar mentega
* Gula Kak D ganti dengan nano sugar
Inilah rupa Nano sugar, kalau mau beli boleh la google tengok mana ada jual k. Dah masuk 3 tahun dah Kak D guna Nano Sugar ni, memang bagus.
Ok, sambung balik resipi tadi...
Apabila dah sebati susun 6-8 keping roti dalam baking tray than tuangkan bahan-bahan yang di masak tadi dalam tray, taburkan kismis dan "water bath" selama 40min atau sehingga golden brown.
Cara water bath tu adalah kita masukkan air dalam tray oven. Contoh macam gambar dibawah.
Bahan-bahan untuk sos pula:
- 1 cawan susu Dutch Lady full cream
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar tepung kastad
Masuk sehingga pekat
Roti tak lembut sangat, kuah Kak D sengaja pekatkan baru sedap... Kalau nak cair boleh tambah air waktu masak sos. Kak D jenis suka banyak kismis jadi Kak D tabur lagi Kismis sebelum makan.
Selamat mencuba! Confirm pasti sedap! Sekeluarga pun suka.
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!
No comments:
Post a Comment