Elmu itu penting untuk kita mencapai sesuatu impian. Ramai orang mempunyai impian tetapi tidak cukup Elmu mencapainya.
Alhamdulillah, kelmarin saya dan Mr. D telah berjaya menghadiri seminar Dr. Azizan Osman (DAO) di Shah Alam Convention Center, tajuk seminar berkenaan "Kuasai Potensi Diri". Saya telah janji pada downline yang tidak dapat hadir untuk berkongsi ilmu yang telah kami dapat dari seminar tersebut. Sebenarnya, jika anda sendiri hadir lebih hebat la.. anda boleh dapat serap 100% aura positif DAO.
Apa yang kami dapat dalam seminar tersebut adalah asas untuk mempertingkatkan dan menguasai potensi diri. Jika diberi peluang kami akan menghadiri kursus yang lebih intensif lagi..
Menurut DAO, ilmu mampu mengubah hidup tanpa ilmu hidup kita akan PADAH, tanpa ilmu hidup akan PARAH! Kami bersetuju dengan kenyataan DOA, sebab sebelum kami hadiri Seminar DAO kami fikir kami dah mempunyai ilmu untuk menguasai bisnes kami, sebenarnya kami SALAH!
Tambahan DAO lagi, Cabaran paling besar dalam hidup ialah perasaan NEGATIF ataupun TAKUT dan 80% dari pemikiran manusia adalah NEGATIF! Ini memang tidak dapat dinafikan sebab kita ni mempunyai perasaan ragu-ragu untuk mencapai impian kita sendiri. Conton: sebelum kami daftar mengikuti seminar DAO memang banyak perasaan takut, ragu-ragu dan kurang yakin terhadap seminar ini. Sedangkan menimba ilmu pun ada perasaan TAKUT.
Bagaimana kita menghadapi perasaan TAKUT ini? caranya ialah dengan mengawal perasaan dan emosi kita, dengan kawalan emosi yang teguh dan stabil kita mampu menghadapi apa juga situasi dalam hidup kita. Kawalan emosi yang kuat adalah petunjuk kejayaan.
Apa maksud P.O.T.E.N.S.I yang ada pada diri kita?
1. P - Planing (perancangan)
2. O - Open to opportunity (Peluang)
3. T - Tindakan luar biasa
4. E - Elmu (E -> Emosi dan ilmu)
5. N - Nekat
6. S - Strategi
7. I - Intention (Niat yang betul)
"Apa yang saya BUAT adalah DOA
Apa yang saya FIKIR adalah DOA
Apa yang saya CAKAP adalah DOA
Apa yang saya RASA adalah DOA "
Terdapat 9 potensi pada diri kita :-
1. BAHAGIA
- Bahagia tidak dapat beli, bahagia boleh capai bila kita membahagiakan orang lain dan bersyukur. Bersyukur adalah kunci kejayaan.
2. BEBAS MASA
3. KEKAYAAN
- Kekayaan bukan setakan wang ringgit, kita dengki dengan orang lain maka kita miskin jiwa.
4. Menjadi seorang DERMAWAN
5. KEROHANIAN
- Perhubungan bersama Tuhan
6. SILATURAHIM
- Perhubungan bersama keluarga
7. Memberi manfaat kepada orang lain
- What you give you will get back more
8. Untuk menjadi Inspirasi (Pemimpin)
9. Berjaya di dunia dan akhirat
Insyallah, kami akan mengaplikasikan setiap tips yang diberikan oleh DAO untuk mempertingkatkan kualiti hidup kami. Saya akan usaha buat meeting untuk berkongsi lebih lanjut lagi...
Ni hasil tangkapan utk downline2 yang tidak dapat hadir bersama... Tahniah anda
mempunyai inisiatif untuk menimba ilmu untuk maju kehadapan. Minta maaf
pada yang saya tidak sempat nak belikan... Berebut beli buku motivasi Dr. Azizan Osman sehingga kaki sy luka kena
pijak... so, siapa yang suruh saya beli tu make sure ikut tips yg diberikan
ya.. jgn sia-siakan "kesakitan" sy. hihihi
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
No comments:
Post a Comment