Nampaknya ramai yang sabar menunggu resipi saya ni... Sebenarnya dah lama saya nak buat puding roti tetapi masa dan bahan tidak mengizinkan. Banyak resipi saya google dan saya ubah sedikit bahan jadi la cranberry puding roti ni. Kebanyakkan resipi yang saya dapat mereka letak kismis, dalam peti sejuk saya ada banyak cranberry jadi saya pun gantikan kismis ke cranberry.
Kenapa "healthy recipe" sebab dalam resipi ni kurang manis dan ada tambahan Meal Shake Vanilla. Sesiapa yang mau mengamalkan gaya hidup sihat ini resipi amat sesuai untuk anda.
Jom kita layan resipi ni.....
Bahan-bahan puding roti :
- 8 Keping roti
- 500ml full cream milk *
- 2 sudu besar gula halus *
- 2 biji telur *
- 1 sudu teh esen vanilla *
- 1 sudu kecil butter
- 3 sudu besar Cranbery / kismis
Cara-cara:-
1. Masukkan bahan-bahan yang bertanda * dalam satu mangkuk, gualkan sehingga gula cair.
2. Potongkan roti ikut cara anda... nak koyak pun boleh.
3. Rendamkan roti yang anda potong tu tadi dalam susu yang anda campur selama 15min supaya meresap kedalam roti.
4. Lepas tu masukkan dalam loyan/ bekas jangan lupa gris dengan sedikit butter tau... loyang saya ni non-stick punya so tidak perlu gris dengan butter.
5. Taburkan cranberry / kismis diatas adunan. Jika nak lebih sedap taburkan dalam layer roti tersebut, rasa lagi best...
6. Bakar pada suhu 180 C selama 30min atau sehingga masak... siap! senangkan?
Semasa roti tengah bakar kita buat vanilla meal shake sauce pula k..
Bahan-bahan vanilla meal shake sauce
- 200ml susu cair
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar custard powder
- 1 sudu teh perisa vanilla
- 1 sudu besar meal shake
1. Bancukan 1 Sude custard powder dengan sedikit air dan ketepikan dahulu.
2. Panaskan non-stick pan dan masukkan 200ml susu cair bersama 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil vanilla esen, gual sehingga gula cair dan kecilkan api masukkan custard powder sedikit demi sedikit dan kacau sehingga pekat. Apabila sudah pekat, masukkan sedikit butter dan gual supaya nampak lebih berkilat, padamkan api dan masukkan sauce dalam satu mangkuk.
3. Bairkan sejuk sedikit, campurkan 1 sudu besar meal shake dalam sauce tersebut supaya rasa lebih creamy dan sedap.
4. Siap untuk dihidang..... Sedap! yummy....
Cuba ya! pasti kegemaran anak-anak kecil. Ada juga campuran meal shake so amat sesuai untuk semua... rasa tidak manis sangat... just nice..
Happy nya... lepas tu baru ada semangat nak study.... hihihihi
Resipi ni sesuai untuk mereka yang baru mau mula berjinak dalam dapur... simple anda nice.. siapa yang dah cuba boleh tag saya di FB tau.. ^_^
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching dan Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB :Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
No comments:
Post a Comment