Assalamulaikum readers-readers yang dikasihi sekalian.... Hari ni saya nak kongsi tentang BLW (Baby Led Weaning), Shaklee -> take a break dulu ya... hihihihi
Saya jenis suka membaca dan suka buat research tentang sesuatu yang menarik perhatian saya, jadi entry hari ni adalah hasil dari research Mr. Google. Apa menarik perhatian saya untuk kongsikan entry hari ni? Haaa.. Semalam saya ternampak satu post di FaceBook, si ibu ni kongsi tentang resipi BLW anak dia yang umur lebih kurang 8 bulan... Ramai orang memberi negatif comment kat situ, jadi masa tu serious dalam otak saya pun " biar betul ibu ni". Tapi saya percaya seorang ibu berani buat cara itu pasti ada knowledge tentang benda itu. Saya belum mempunyai anak, jadi perkataan BLW atau Baby Led Weaning ni betul-betul asing untuk saya. Jadi mula la saya "berdating" dengan Mr. google, sebab nak tahu lebih kan... as usual ^_^
Baby-Led Weaning (BLW) adalah satu process mengajak ibu bapa membiarkan anak mencuba makanan itu sendiri. Ya, maksudnya memberi anak peluang menyuap diri sendiri.
ini adalah cara biasa yang kita guna untuk mulakan solid food untuk baby |
Kaedah BLW bukan satu kaedah yang baru, malah ia berkesan dipraktikkan untuk anak yang baru nak mula solid food. Apa kelebihan kaedah ini?
- Membantu bayi memperbaiki kemahiran mengunyah
- Bijak mengendalikan pelbagai jenis makanan
- Bayi mempunyai motivasi untuk makan
- Boleh makan bersama ahli keluarga
- Bayi mempunyai banyak pilihan makanan yang tidak mempunyai bahan pengawet
- Melatih bayi lebih berdikari
- Bayi dapat mengawal kuatiti makanan yang dia perlukan
- Kurang kes obesiti
- Peningkatan koordinasi mata-tangan dan ketangkasan
- Lebih berkeyakinan dan keseronokan pada waktu makan
Bila nak cuba kaedah ini, anda langsung tak boleh spoon feed dengan baby anda dan jangan balik-balik lap muka baby apabila kena makanan. Selepas baca banyak artikle dalam Mr. google, rupa-rupanya bukan seperti apa yang saya fikir sebelum ini. Ingatkan ibu tersebut malas nak sediakan makan untuk baby. huhuhu....
Setiap ibu bapa ada kaedah mereka sendiri yang mereka rasa terbaik untuk anak mereka kan? Nasib tak terpost comment negatif, kalau tak berdosa I.... Ini la hasil suka membaca dan research. Dalam internet ada banyak lagi tentang BLW ni, saya hanya ambil point penting untuk translate dalam Bahasa Malaysia supaya semua faham. Kalau tulis panjang lebar nanti tiada orang nak baca pula.
Rasanya kaedah BLW ni mungkin boleh dikatakan masih baru untuk masyarakat kita ni, untuk mereka nak cuba kaedah ini boleh la buat lebih research, supaya boleh handle apabila baby tercekik.
Dapat ilmu baru lagi hari ni.... Everyday is a learning process ^_^
enjoy the food baby |
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!
No comments:
Post a Comment