Thursday, March 24, 2016

Resipi : Kek pisang sedap dan mudah

Saya bukan pengemar kek pisang. Tetapi kali ni hasil air tangan sendiri saya makan 4 keping tau... Mr. D pun puji sedap. Sebab saya ni bukan pandai baking... Setiap kali nak baking, siap beli semua bahan dan buat, sekalinya kek tak naik, kek hangus dan sebagainya. Memang rasa down la... I know u know how i feel. Selepas rest beberapa bulan, kini semangat saya datang balik. Jadi, misi cari resipi pun diteruskan... Saya cari dan combine resipi ikut cita rasa sendiri. Well, as usual sampai kek tak pandai jadi. Nasib kali ni jadi, dan sangat senang.... Orang yang tak pandai baking macam saya ni harus cuba resipi ni ... 

Kek pisang sedap dan mudah; resipi kek pisang paling senang; resipi kek pisang pasti jadi.


Bahan-Bahan:

  • 8 biji Pisang (1 biji simpan untuk hiasan)
  • Walnut
  • 3/4 cawan nano sugar (anda boleh guna gula biasa) 
  • 1/2 cawan minyak jagung 
  • 4 biji telur gread A
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • sedikit garam 

Bahan yang hendak diayak :


  • 2 cawan tepung gandung
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bicarbonat 

 Cara-Cara 


  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sapu mentega pada loyang dan ketepikan. 
  2. Pisang di lecek lumat, jangan lupa tinggalkan 1 untuk hiasan 
  3. Ayak tepung gandung, baking powder, soda bicarbonat dan ketepikan
  4. Putar Teluar, minyak jagung, nano sugar, garam dan vanilla esen 
  5. Campurkan pisang dalam campuran telur tadi dan gaul rata, kemudian pelahan-palan masukkan tepung dan gaul rata, Jangan lupa masukkan walnuts dan gual rata
  6. Semua dah siap gual masukkan dalam loyang yang telah sapu mentaga tadi
  7. Hiriskan pisang tadi dan letak di atas kek 
  8. Masukkan loyang kek dalam oven bakar pada suhu 170C selama 40min dan 150C selama 20 min 
Selamat mencuba! 

Sorry tak sempat ambil gambar step by step sebab takut tak jadi. Walaupun kek tak secantik mana tapi rasa memang sedap, tak manis sangat dan tak berminyak. Bahan-bahan pun semua senang dapat. 


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Lawas, Kuching, Tawau, Limbang, Penang, Kudat
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya.

No comments:

Post a Comment