Pengalaman kuarantin yang menguji emosi dan mental
Apabila Pandemik ini melanda macam-macam benda baru yang kita kena pelajari. Kita semua masih mentah dalam menghadapi situasi ini. So, hari ini Kak D nak kongsikan pengalaman kuarantin di rumah sepanjang 2 minggu.
Pada 6hb Nov 2020 suami Kak D dapat arahan tidak boleh turun kerja disebabkan ada rakan sekerja di office disahkan Positif Covid-19 dan semua diarahkan ke Swab test ikut giliran. Pada 8hb gelang kuarantin dipasang dan dia akan menjalani kuarantin 2 minggu di rumah.
Panduan kuarantin dari rumah
- Tidak boleh keluar rumah
- Asingkan bilik dengan pasangan dan anak-anak
- Pakai mask
- Elakkan lepak di ruang keluarga
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Jangan berkongsi peralatan peribadi dan makanan
12hb Nov hari yang kami nanti-nantikan keputusan swab test keluar, walaupun baru 4 hari kuarantin terasa amat panjang. Finally keputusan adalah negatif, tetapi kami tetap gelisah menunggu keputusan yang terakhir sebab ada juga yang disahkan positif pada ujian yang kedua.
Dalam dua minggu memang kami lalui dengan penuh tekanan dan kebimbangan. Suami mengalami insomnia kerana terlampau bimbang dengan keluarga terdekat jika diri dia disahkan positif. Mungkin disebabkan overthinking Kak D pula rasa tekak tak selesa dan kadang-kadang rasa sesak nafas dan sebagainya.
Pada mulanya Kak D ingat jika dalam rumah ada yang kena kuarantin, ahli keluarga yang lain kena kuarantin juga 2 minggu. Pada hari ke 5 ada kawan hantar panduan ini dan baru Kak D tahu yang Kak D tak perlu kuarantin selepas keputusan swab test pertama negatif. Boleh rujuk carta dibawah, Kak D kira kategori C.
Tetapi Kak D tak keluar rumah juga sebab tak ada apa-apa yang penting, Kak D masih stay safe at home sehingga hari ke-10 disebabkan makanan rumah dah hampir habis terpaksa Kak D keluar rumah untuk beli makanan.
Setiap hari Kak D tak stop bagi kata-kata semangat dengan suami, terima kasih juga kawan-kawan dan keluarga yang tak putus memberi semangat dan doa.
Kami juga dose up semua vitamin untuk kuatkan imunisasi badan kami untuk melawan jangkitan virus ini. Kami berikhtiar dengan cara yang terbaik selebihnya kami hanya berserah dan bertawakal kepada Allah.
Pada 20hb Nov suami pergi ambil blood test dan pada 21hb Nov hari yang kami nanti-nantikan dan keputusan adalah NEGATIF. Syukur Alhamdulilah suami kembali ceria seperti dahulu.
Virus Covid-19 ini bukan benda yang boleh dibawa main, walaupun kuarantin di rumah tetapi sangat menguji emosi dan mental. Syukur semua sudah lalui dengan selamat. Selagi belum ada vaksin selagi itu kita kena berhati-hati dan patuhi segala SOP dan paling penting vitamin kita kena amalkan.
Jika pasangan anda atau anda kena kuarantin jangan stress, bagi kata semangat pada satu sama lain dan tingkatkan dose vitamin inshaAllah everything will be fine.
Simpan coretan ini disini sebagai kenangan.
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, Sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda:- Nama: Alicia Dania Lee
Pengedar Sah Shaklee (Malaysia) COD (Cash On Delivery) untuk kawasan:- Labuan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Spitang, Kudat, Kuching, Lawas, Port Dickson, Penang
Shaklee ID [ No : 1030636 ]
Contact No : 014-8715350
Email : alicia_ai87@hotmail.com
FB : Alicia Dania Lee
Instagram : Alicia_Shaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berilmu dengan ID 1030636 . Setiap pembelian supplement Shaklee dengan kami, akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!
0 comments:
Post a Comment